Sabtu, 27 Mac 2010

Nasihat Kapada Para Mujahid

Nabi S.a.w.telah bersabda : " Orang yang beriman itu berada diantara lima rintangan 1)Orang beriman dengki kepadanya 2) orang munafiq benci kepadanya 3) Orang kafir memeranginya 4) Syaitan menyesatkanya 5) nafsu bertarung dengannya.


Allahs.w.t menjadikan orang yang beriman banyak cabaran dan ujian yang mesti mereka tempuhi.Inilah suatu kemuliaan sebenarnya kepada mereka dalam kehidupan ini kerana Allah teramat kasih kepada mereka.Apabila Allah kesihkan kepada sesuatu kaum maka Allah s.w.t. akan menguji mereka dengan pelbagai ujian.Ini adalah kerana Allah s.w.t ingin menunjukkan kepada kita siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang berdusta kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa kami biarkan mereka berkata Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji;dan sesunggunnya orang-ornag terdahulu sebelum kamu telah diuji oleh Allah s w t, maka dengan sebab ujian itu Allah mengatahui siapakah yang benar-benar beriman mereka dan siapkah yang bohong".


Seorang mujahid tidak harus kecewa dan sedih dengan rintangan yang mereka hadapi dalam perjuanga menegakkan agama ALlah s.w.t.Walau sepahit mana sekalipun ujian yang diahadapi,ingatlah semuanya itu datangnya dari Allah s w t.Saya nyatakan demikian kerana kadang-kadang nafsu yang jahat ini sentiasa mengajak kita melupakan Allah s.w.t bahawa ujian itu datangnya dari Allah s.w.t.Ingatlah bahawa Allah yang memiliki alam ini dan segala yang berlaku kiatas kita adalah sesuatu yang telah tercatat disisi Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t yang bermaksud

"Tidak menimpa sesuatu kepada kami melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t"


oleh yang demikian saya ingin nyatakan beberapa perkara disini sebagai suatu nasihat kepada para mukminin:

1) Pohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t dengan memperbanyakkan sabar dan solat.
2) kenikmatan syurga nanti akan melupakan segala kesusahan dan penderitaan diatas dunia.
3) pertolongan Allah s.w.t bersama dengan orang-orang yang sabar.
4) tiada kesenangan dan kemewahan diatas dunnia ini berbanding akhirat melainkan sedikit sahaja.

wallahua'lam...sekian.

Selasa, 9 Februari 2010

Di sana ada janji Tuhan

Kehidupan sebagai seorang muslim mestilah berasaskan kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t.Mereka yang memiliki iman yang kental akan berani berhadapan segala ujian dan cabaran yang akan mendatang.keimanan sesorang benar-benar teruji apabila berhadapan dengan kesusahan dan tekanan apatah lagi dalam perjuangan islam sememangnya kita akan memilih diantara dua pilihan samada mati sebagai syuhada atau kita menang dalam perjuangan tetapi disana ada satu lagi persimpangan sebagai pilihan tetapi ia merupakan pilihan kepada sesiapa yang pengecut dan penakut.Itulah pilihan orang yang tidak berjuang dan lari dari medan perjuangan.

Allah telah menjanjikan kepada sesiapa yang beriman dengan syurga yang mengalir dibawahya sungai-sungai:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan sampaikanlah khabar gembira (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai...."
(Al Baqarah : 25)

lihatlah betapa indahnya syurga yang digambarkan oleh Allah s.w.t di dalam Al Quran.Yang demikian itu tidaklah dicapai melainkan kita melakukan segala perintah Allah s.w.t dengan mengorbankan segala kepentingan hawa nafsu kita.Nafsu yang dijadiakn oleh Allah s.w.t taala sering mengajak kita supaya berpaling dari perintah Allah s.w.t apatah lagi dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.Siapa yag sanggup manyahut seruan Allah,mereka adalah golongan yang dimuliakan,sesiapa yang futur dan lari dari perjuangan mereka akan dihina oleh Allah s.w.t.