Isnin, 25 Oktober 2010

IFF Dan Kita

Akhir-akhir ini umat islam di seluruh Malaysia digemparkan dengan isu Islamic Festival Fashion (IFF) yang berlangsung di Monte Carlo baru-baru ini.Apa yang menyedihkan kita ialah perlakuan seorang model memperagakan pakaian yang mendedahkan aurat atas nama pakaian islam bahkan paling menyedihkan kita terpaparnya tulisan Nabi besar kita Muhamaad s.a.w pada pakaian tersebut.Ditambah lagi kebencian umat islam dalam hal ini apabila isteri pemimpin utama Negara terlibat secara langsung dalam hal penganjuran majlis tersebut.Apa yang berlaku ini seolah-olah kita sedang dipimpin oleh Yahudi dan Nasara diamana kita hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku tanpa apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.
Apakah ini suatu tanda bahawa pemimpin islam hari sudah tiada kuasa? atau pemimpin islam sudah diayahudikan? atau sudah hilang agama dan akidah dalam diri mereka?

Kemana Mufti-mufti dan ulama- ulama kerajaan yang “berapi” bercakap dalam tv? adakah api yang menyala selama ini kian terpadam bak kerana takutkan api dapur terpadam buat selama-lamaya?

Sesungguhnya inilah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w di mana umat islam itu ramai bagaikan buih di lautan tetapi mereka tidak ditakuti oleh musuh islam kerana pada mereka terdapat penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Tugas Kita Sebagai Muslim

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan kita mencegah kemungkaran yang berlaku.Sekarang kemungkaran sudah jelas berlaku tinggal lagi peranan dan tugas kita.

Firman Allah s.a.w yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu mereka yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh orang lain melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran dan mereka lah orang-orang yang berjaya.”
Ali Imran : 104

Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
Barang siapa daripada kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lidah,sekiranya tidak mampu hendaklah mencegahnya dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman.

Sanggupkah kita melihat Nabi kita s.a.w dihina sedemikin rupa? tepuk dada tanya iman.Bagaimana sekiranya perkara ini berlaku ketika mana Rasulullah s.a.w. berada disisi kita,alangkah sedihnya baginda melihat umatnya yang sanggup menghinanya sedangkan beginda terlalu merindui kita.

Kita sebagai muslim,jangan biarkan perkara ini dipandang entang oleh umat islam di seluruh negara kita,sebarkan berita ini,jelaskan kepada mereka apa yang berlaku,tanamkan rasa benci dan jijik kepada kemungkaran,suburkan iman dan kecintaan kepada Baginda s.a.w,tingkatkan usaha-usaha dakwah,tanamkan semangat jihad dan pengorbanan dalam diri setiap pemuda islam,mengecam habis-habisan penjenayah-penjenayah agama ini agar fitnah ini akan lenyap untuk selama-lamanya.

Tiada sebab untuk kita membiarkan perkara ini berulang sekali lagi,kerana negara kita majoritinya adalah umat islam dan kebanyakan pemimpin negara kita dari kalangan orang islam.

Kita sudah mengenali siapakah mereka yang terlibat dalam hal ini,ianya mustihal berlaku melainkan tangan-tangan pemimpin yang ada pada hari ini meluluskan dan membiarkannya berlaku.

Oleh itu jangan biarkan mereka terus berkuasa,sampai masa nanti tumbangkan mereka dalam pilihanraya. “ tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan dengan sesuatu itu,maka sesuatu itu menjadi wajib”.

Ayuh tunaikan tanggungjawab kita jangan biarkan kemungkaran terus menodai kita.Kita pecinta islam dan Nabi kita s.a.w adalah kekasih kita yang kita cintai untuk selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen