Ahad, 17 Oktober 2010

Perjuangan Islam Yang Kita Pikul

Setelah jatuhnya Khilafah Turki Othmaniyyah pada tahun 1924 Masihi umat islam telah kehilangan sebuah khilafah islamiyyah yang menjadi kekuatan umat islam seluruh dunia sebelum ini.

Kini Khilafah islamiyyah memanggil umat islam kembali menegakkan khilafah islamiyyah yang telah diasaskan oleh Nabi s.a.w  dan juga para sahabatnya.Umat islam perlulah sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memimpin dunia ini dengan ajaran islam.Dan itulah diantara tujuan manusia diciptakan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu(Allah s.w.t) berfirman kepada para Malaikat bahawa Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi,lalu Malaikat berkata ; adakah engakau Ya Allah ingin menjadikan mereka yang melakukan kerosakan dan menumpah darah di atas muka bumi,sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji kamu?lalu Allah s.w.t berfirman, sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui”   Al Baqarah : 30

Sudah jelas kepada kita bahawa ibn Khaldun telah menyebut di dalam kitabnya  Al- Muqaddimah ,khalifah ialah “menegakkan islam dan mentadbir dunia dengan islam”.

Setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ,perlu sedar mereka bukan hanya diwajibkan untuk solat,puasa,zakat dan haji semata-mata bahkan mereka perlu memperjuangkan islam supaya kalimah Allah menjadi tinggi,dengan kata lainya ialah islam memerintah bukan islam itu diperintah.

Suatu perkara yang perlu kita sedar,tanpa daulah atau kerajaan islam yang memerintah kemungkinan umat islam tidak boleh melaksanakan ibadah lain kerana mendapat tekanan dan ancaman daripada musuh islam atau ibadah mereka kerana digangu gugat oleh system yang bukan islam.

Peristiwa hijrah perlu diambil perhatian oleh setiap daripada kita,kerana Nabi s.a.w tidak akan berhijrah melainkan untuk menegakkan daulah islamiyyah di madinah.Tidak perlu hijrah sekiranya islam  hanya bersolat atau mengerjakan haji kerana ia boleh dilakukan di mekah bahkan disitulah terletaknya ka’bah yang menjadi tempat ibadah haji umat islam.

Amirul Mukminin Saidina Othman pernah berkata : Mana-mana ayat yang tidak boleh dimalkan dengan Al-Quran,kita akan laksanakannya dengan kuasa  politik(kuasa pemerintahan).
Nabi s.a.w dan para sahabat yang kita sanjungi,mereka adalah contoh terbaik kepada kita .Nabi s.a.w telah menyatakan “ sahabatku seperti bintang,mana-mana kamu jadikan  petunjuk mereka akan menunjukki jalan kebenaran.

Telah terbukti sahabat yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu termasuk Abu Bakar r.a,Umar Al-Kahttab r.a,Uthman Bin Affan r.a dan Ali k.r.w.Mereka adalah sahabat yang agung yang telah dijamin masuk syurga.Sesungguhnya mereka telah meneruskan perjuagan Nabi s.a.w  dalam mempertahankan Negara islam Madinah selepas kewafatan Nabi s.a.w.

Sejarah membuktikan penyebaran dakwah islam makin rancak  setelah tertegaknya Khilafah yang agung di dunia ini sehingga mampu mengerunkan dan melemahkan musuh islam  ketika itu.Bermula disitulah tersebarnya tamadun islam yang membuka mata manusia di abad itu sehinggakan hari ini pengkaji barat masih merujuk kepada tamadun yang pernah dibina oleh islam.Tetapi hari ini,umat islam hanya mampu berbangga dengan sejarah sedangkan meraka lalai daripada tanggungjawab ini.

Tugas Kita

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu suatu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah kemungkaran mereka adalah golongan yang berjaya.” Ali Imran 104

Sabda Nabi s.a.w :
Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidah sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya  dengan hati demikian adalah selemah-lemah iman.

Oleh kerana itu,setiap dari kita perlulah melaksanakan tugas murni ini.

Kemungkaran pada hari  sudah tersebar luas dalam masyarakat kita sehinggakan sesetengah dikalangan kita sudah tidak mampu untuk membezakan diantara hak dan batil.Bukan setakat itu, bahkan yang hak dianggap batil dan yang batil pula dianggap yang hak.

Apa sudah jadi umat islam hari ini?adakah mereka tidak pernah belajar tentang islam? Atau kerana apa? Sedangkan tanah air kita Malaysia mempunyai begitu banyak university-universiti islam yang menawarkan pengajian islam bahkan di peringkat sekolah rendah lagi sudah diberi pendedahan tentang islam,tetapi kemanakah semua itu,adakah semua graduan islam  mati setelah tamat pengajianya?
Persoalan ini sudah tiada jawapan lagi melainkan kita tidak kembali kepada Allah s.w.t dan Rasulnya.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kamu kapada Allah dan juga Rasulnya..

Terbukti hari ini, manusia dipandu oleh system kuffar walaupun penjajah sudah lama meninggalkan Negara kita.Sistem inilah yang telah mengagalkan segala-galanya sehingga kita melihat kelahiran golongan yang memisahkan antara agama dan pemerintahan,agama hanya sekadar tahlil an ibadah-ibadah tertentu sahaja tanpa memahaminya sebagai system hidup yang lengkap merengkumi semua perkara.Dengan adanya system yang munkar ini maka kemungkaran yang melanda umat islam pada hari ini tetap akan berleluasa tanpa dibendung dan dicegah.Maka umat islam terus hidup bergelumang dengan dosa yang menjauhkan daripada rahmat Allah s.w.t.

Oleh itu,kita wajib mencegah kemungkaran ini,kita wajib meruntuhkan jahiliyyah moden ini,agar umat islam kembali hidup dibawah naungan wahyu Allah s.w.t dan sunnah nabi s.a.w.
Kita wajib mengerah tenaga yang ada pada kita,bebanan ini bukan sahaja tersangkut pada golongan agamawan bahkan ianya pada bahu mereka yang mengaku islam sebagi Addin.Masing-masing mempunyai peranan di posisinya ,kerahkanlah segala tenaga bagi menjatuhkan system kuffar yang menyesatkan umat.Jangan kita biarkan berhala moden ini terus membelengu umat islam pada hari ini.

Persiapan Kita

Oleh itu,bagi setiap pejuang perlu melakukan persiapan ,perkasakan terbiyyah melalui usrah,mukhayyam tarbawi dan durus khususiah. Daripada itu jalinkan ukhuwwah,perkemaskan tanzim, tingkatkan ibadah,jernihkan fikrah dan kefahaman islam yang sebenar,  tambahkan ilmu pengatahuan ,semarakkan  semangat jihad dalam diri setiap pejuang islam.Disamping itu hidupkan kembali selogan pejuang islam “ Allah matlamat kami,Rasul ikutan kami,Al Quran panduan kami,jihad jalan kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami”.Inilah kata-kata keramat yang pernah keluar daripada bibir As Syahid Imam Hassan Al Banna yang telah membuktikan iman dan perjuanganya dengan syahid di jalan Allah s.w.t semata-mata kerana islam.

Oleh kerana itu,bukan masa lagi untuk kita menunding jari kepada orang lain,marilah kita  berpegang pada tali Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud;
“ berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan jaganlah kamu berpecah belah”

Sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan kepentingan duniawi demi mencapai kebahagian di akhirat nanti.
Wallahua’lam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan