Isnin, 25 Oktober 2010

IFF Dan Kita

Akhir-akhir ini umat islam di seluruh Malaysia digemparkan dengan isu Islamic Festival Fashion (IFF) yang berlangsung di Monte Carlo baru-baru ini.Apa yang menyedihkan kita ialah perlakuan seorang model memperagakan pakaian yang mendedahkan aurat atas nama pakaian islam bahkan paling menyedihkan kita terpaparnya tulisan Nabi besar kita Muhamaad s.a.w pada pakaian tersebut.Ditambah lagi kebencian umat islam dalam hal ini apabila isteri pemimpin utama Negara terlibat secara langsung dalam hal penganjuran majlis tersebut.Apa yang berlaku ini seolah-olah kita sedang dipimpin oleh Yahudi dan Nasara diamana kita hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku tanpa apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.
Apakah ini suatu tanda bahawa pemimpin islam hari sudah tiada kuasa? atau pemimpin islam sudah diayahudikan? atau sudah hilang agama dan akidah dalam diri mereka?

Kemana Mufti-mufti dan ulama- ulama kerajaan yang “berapi” bercakap dalam tv? adakah api yang menyala selama ini kian terpadam bak kerana takutkan api dapur terpadam buat selama-lamaya?

Sesungguhnya inilah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w di mana umat islam itu ramai bagaikan buih di lautan tetapi mereka tidak ditakuti oleh musuh islam kerana pada mereka terdapat penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Tugas Kita Sebagai Muslim

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan kita mencegah kemungkaran yang berlaku.Sekarang kemungkaran sudah jelas berlaku tinggal lagi peranan dan tugas kita.

Firman Allah s.a.w yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu mereka yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh orang lain melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran dan mereka lah orang-orang yang berjaya.”
Ali Imran : 104

Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
Barang siapa daripada kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lidah,sekiranya tidak mampu hendaklah mencegahnya dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman.

Sanggupkah kita melihat Nabi kita s.a.w dihina sedemikin rupa? tepuk dada tanya iman.Bagaimana sekiranya perkara ini berlaku ketika mana Rasulullah s.a.w. berada disisi kita,alangkah sedihnya baginda melihat umatnya yang sanggup menghinanya sedangkan beginda terlalu merindui kita.

Kita sebagai muslim,jangan biarkan perkara ini dipandang entang oleh umat islam di seluruh negara kita,sebarkan berita ini,jelaskan kepada mereka apa yang berlaku,tanamkan rasa benci dan jijik kepada kemungkaran,suburkan iman dan kecintaan kepada Baginda s.a.w,tingkatkan usaha-usaha dakwah,tanamkan semangat jihad dan pengorbanan dalam diri setiap pemuda islam,mengecam habis-habisan penjenayah-penjenayah agama ini agar fitnah ini akan lenyap untuk selama-lamanya.

Tiada sebab untuk kita membiarkan perkara ini berulang sekali lagi,kerana negara kita majoritinya adalah umat islam dan kebanyakan pemimpin negara kita dari kalangan orang islam.

Kita sudah mengenali siapakah mereka yang terlibat dalam hal ini,ianya mustihal berlaku melainkan tangan-tangan pemimpin yang ada pada hari ini meluluskan dan membiarkannya berlaku.

Oleh itu jangan biarkan mereka terus berkuasa,sampai masa nanti tumbangkan mereka dalam pilihanraya. “ tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan dengan sesuatu itu,maka sesuatu itu menjadi wajib”.

Ayuh tunaikan tanggungjawab kita jangan biarkan kemungkaran terus menodai kita.Kita pecinta islam dan Nabi kita s.a.w adalah kekasih kita yang kita cintai untuk selama-lamanya.

Ahad, 17 Oktober 2010

Perjuangan Islam Yang Kita Pikul

Setelah jatuhnya Khilafah Turki Othmaniyyah pada tahun 1924 Masihi umat islam telah kehilangan sebuah khilafah islamiyyah yang menjadi kekuatan umat islam seluruh dunia sebelum ini.

Kini Khilafah islamiyyah memanggil umat islam kembali menegakkan khilafah islamiyyah yang telah diasaskan oleh Nabi s.a.w  dan juga para sahabatnya.Umat islam perlulah sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memimpin dunia ini dengan ajaran islam.Dan itulah diantara tujuan manusia diciptakan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu(Allah s.w.t) berfirman kepada para Malaikat bahawa Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi,lalu Malaikat berkata ; adakah engakau Ya Allah ingin menjadikan mereka yang melakukan kerosakan dan menumpah darah di atas muka bumi,sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji kamu?lalu Allah s.w.t berfirman, sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui”   Al Baqarah : 30

Sudah jelas kepada kita bahawa ibn Khaldun telah menyebut di dalam kitabnya  Al- Muqaddimah ,khalifah ialah “menegakkan islam dan mentadbir dunia dengan islam”.

Setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ,perlu sedar mereka bukan hanya diwajibkan untuk solat,puasa,zakat dan haji semata-mata bahkan mereka perlu memperjuangkan islam supaya kalimah Allah menjadi tinggi,dengan kata lainya ialah islam memerintah bukan islam itu diperintah.

Suatu perkara yang perlu kita sedar,tanpa daulah atau kerajaan islam yang memerintah kemungkinan umat islam tidak boleh melaksanakan ibadah lain kerana mendapat tekanan dan ancaman daripada musuh islam atau ibadah mereka kerana digangu gugat oleh system yang bukan islam.

Peristiwa hijrah perlu diambil perhatian oleh setiap daripada kita,kerana Nabi s.a.w tidak akan berhijrah melainkan untuk menegakkan daulah islamiyyah di madinah.Tidak perlu hijrah sekiranya islam  hanya bersolat atau mengerjakan haji kerana ia boleh dilakukan di mekah bahkan disitulah terletaknya ka’bah yang menjadi tempat ibadah haji umat islam.

Amirul Mukminin Saidina Othman pernah berkata : Mana-mana ayat yang tidak boleh dimalkan dengan Al-Quran,kita akan laksanakannya dengan kuasa  politik(kuasa pemerintahan).
Nabi s.a.w dan para sahabat yang kita sanjungi,mereka adalah contoh terbaik kepada kita .Nabi s.a.w telah menyatakan “ sahabatku seperti bintang,mana-mana kamu jadikan  petunjuk mereka akan menunjukki jalan kebenaran.

Telah terbukti sahabat yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu termasuk Abu Bakar r.a,Umar Al-Kahttab r.a,Uthman Bin Affan r.a dan Ali k.r.w.Mereka adalah sahabat yang agung yang telah dijamin masuk syurga.Sesungguhnya mereka telah meneruskan perjuagan Nabi s.a.w  dalam mempertahankan Negara islam Madinah selepas kewafatan Nabi s.a.w.

Sejarah membuktikan penyebaran dakwah islam makin rancak  setelah tertegaknya Khilafah yang agung di dunia ini sehingga mampu mengerunkan dan melemahkan musuh islam  ketika itu.Bermula disitulah tersebarnya tamadun islam yang membuka mata manusia di abad itu sehinggakan hari ini pengkaji barat masih merujuk kepada tamadun yang pernah dibina oleh islam.Tetapi hari ini,umat islam hanya mampu berbangga dengan sejarah sedangkan meraka lalai daripada tanggungjawab ini.

Tugas Kita

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu suatu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah kemungkaran mereka adalah golongan yang berjaya.” Ali Imran 104

Sabda Nabi s.a.w :
Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidah sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya  dengan hati demikian adalah selemah-lemah iman.

Oleh kerana itu,setiap dari kita perlulah melaksanakan tugas murni ini.

Kemungkaran pada hari  sudah tersebar luas dalam masyarakat kita sehinggakan sesetengah dikalangan kita sudah tidak mampu untuk membezakan diantara hak dan batil.Bukan setakat itu, bahkan yang hak dianggap batil dan yang batil pula dianggap yang hak.

Apa sudah jadi umat islam hari ini?adakah mereka tidak pernah belajar tentang islam? Atau kerana apa? Sedangkan tanah air kita Malaysia mempunyai begitu banyak university-universiti islam yang menawarkan pengajian islam bahkan di peringkat sekolah rendah lagi sudah diberi pendedahan tentang islam,tetapi kemanakah semua itu,adakah semua graduan islam  mati setelah tamat pengajianya?
Persoalan ini sudah tiada jawapan lagi melainkan kita tidak kembali kepada Allah s.w.t dan Rasulnya.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kamu kapada Allah dan juga Rasulnya..

Terbukti hari ini, manusia dipandu oleh system kuffar walaupun penjajah sudah lama meninggalkan Negara kita.Sistem inilah yang telah mengagalkan segala-galanya sehingga kita melihat kelahiran golongan yang memisahkan antara agama dan pemerintahan,agama hanya sekadar tahlil an ibadah-ibadah tertentu sahaja tanpa memahaminya sebagai system hidup yang lengkap merengkumi semua perkara.Dengan adanya system yang munkar ini maka kemungkaran yang melanda umat islam pada hari ini tetap akan berleluasa tanpa dibendung dan dicegah.Maka umat islam terus hidup bergelumang dengan dosa yang menjauhkan daripada rahmat Allah s.w.t.

Oleh itu,kita wajib mencegah kemungkaran ini,kita wajib meruntuhkan jahiliyyah moden ini,agar umat islam kembali hidup dibawah naungan wahyu Allah s.w.t dan sunnah nabi s.a.w.
Kita wajib mengerah tenaga yang ada pada kita,bebanan ini bukan sahaja tersangkut pada golongan agamawan bahkan ianya pada bahu mereka yang mengaku islam sebagi Addin.Masing-masing mempunyai peranan di posisinya ,kerahkanlah segala tenaga bagi menjatuhkan system kuffar yang menyesatkan umat.Jangan kita biarkan berhala moden ini terus membelengu umat islam pada hari ini.

Persiapan Kita

Oleh itu,bagi setiap pejuang perlu melakukan persiapan ,perkasakan terbiyyah melalui usrah,mukhayyam tarbawi dan durus khususiah. Daripada itu jalinkan ukhuwwah,perkemaskan tanzim, tingkatkan ibadah,jernihkan fikrah dan kefahaman islam yang sebenar,  tambahkan ilmu pengatahuan ,semarakkan  semangat jihad dalam diri setiap pejuang islam.Disamping itu hidupkan kembali selogan pejuang islam “ Allah matlamat kami,Rasul ikutan kami,Al Quran panduan kami,jihad jalan kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami”.Inilah kata-kata keramat yang pernah keluar daripada bibir As Syahid Imam Hassan Al Banna yang telah membuktikan iman dan perjuanganya dengan syahid di jalan Allah s.w.t semata-mata kerana islam.

Oleh kerana itu,bukan masa lagi untuk kita menunding jari kepada orang lain,marilah kita  berpegang pada tali Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud;
“ berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan jaganlah kamu berpecah belah”

Sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan kepentingan duniawi demi mencapai kebahagian di akhirat nanti.
Wallahua’lam..



Rabu, 2 Jun 2010

Doaku buat pejuang islam di Gaza

Sesungguhnya ya Allah aku tiada daya untuk bersama dengan mereka disana melainkan akau panjatkan doaku kepada Mu agar Engkau memberi pertolongan kepada meraka dan Engkau jadikan hati kami sentiasa bersama mereka,maka terimalah Ya Allah akan doaku ini;




Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka..

Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai tuhan yang penuh raksasa,
Wahai tuhan yang bersifat murka,
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sabtu, 29 Mei 2010

Bapaku Seorang Mujahid

Sejak kecil lagi aku mengenal bapaku seorang insan biasa
ibu kenapa bapa sentiasa tiada bersama?tanya hati yang tiada menerima
akan tetapi aku kagum akan akhlaknya yang mulia,
tiada waktunya yang disia-sia,
hatta tidurnya juga seperti manusia yang celik mata
sesaat seketika bersama isteri dan anak-anaknya,
hakikatnya disisiku memang terlalu singkat waktunya,
tetapi itulah masa yang paling beharga,
kerana keikhlasan hati tersemat diwajahnya,
kasih sayang pula terpaut padanya ,
sesaat umpama seribu tahun penuh dengan makna.

Wajahnya pula berseri-seri umpama bulan pernama,
kerana ia seorang hamba Allah yang maha mulia,
tiada berbuat ia akan dosa,
malam dijaga supaya sentiasa bercahaya,
badan berdiri bagun berjaga,
kerana bermunajat kepada tuhannya.

Sampai usia aku separuh remaja,
aku masih melihat akan keletiahan bapa,
Hati masih bertanya kenapa?
Ibuku setia menjawab yang sama,
Aku masih cemburu terhadapnya,
Ianya terubat buat segala-galanya,
apabila mengalir kepadaku Ilmu dan tarbiyyah dari seorang bapa,
Aku terima dengan penuh rasa bangga.
Tiada sedikitpun aku rasa terhina,
Kerana dia seorang bapa yang mulia,
Tarbiyyah dan ilmu diberi bapa,
Aku sentiasa menjadi seorang yang bersedia,
Sehingga aku mencapai umur dewasa,
Aku pun sudah tahu siapa bapa?
Sebenarnya bapaku seorang mujahid agama.



Khamis, 27 Mei 2010

Tuhan Yang Maha Pengasih

Pagi hari Jumaat 28 Mei 2010 bersamaan 14 jamadil Akhir jam 4 pagi 1431H ana dikejutkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan untuk bangun bertahujjud pada pagi yang penuh berkat ini.Pagi jumaat yang penu dengan limpahan rahmat ilahi kepada sesiapa yang mencari.Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Allah diatas segala ketentuan ini.Pagi ini agak berlainan daripada hari-hari yang lain,kerana kami dapat bangun qiam diawal pagi bersama dengan pemuda kampung Gelugur Che Hassan ni.Kalau sebelum ni,banyak kali tak sempat untuk Qiam bersama mereka kerana bertembung dengan program lain atau kadang-kadang tak sempat bangun.

Selepas solat subuh ana dan rakan-rakan segera ke Masjid Pengadang baru untuk mengikuti kuliah Dato'Ustaz Tuan Ibarahim Bin Tuan Man Niab Presiden Pas Malaysia.Hati ini terketuk apabila Al Fadhil Ustaz membacakan ayat-ayat daripada surah As Sajdah diantaranya yang ana ingat, beliau membacakan ayat yang ke 15 yang
maksudnya :"tiada orang yang beriman dengan ayat-ayat keterangan kami melainkan orang-orang yang apabila mereka diberi peringatan dan ajaran dengan ayat-ayat itu,mereka bersegera merebahkan diri sambil sujud(menandakan taat dan patuh),dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takabbur."

Apa yang ana dapat ingat dari kuliah tersebut lebih kurangnya beginilah:

Dalam ayat ini Allah s.w.t menyatakan sifat dan ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t ialah mereka yang segera sujud dan patuh kepada Allah selapas diberi peringatan dan pada masa yang sama mereka tidak sombong kepada Allah s.w.t

Ayat yang ana sebutkan diatas,kita disyariatkan dan disunatkan apabila membaca dan mendengarnya terus sujud yang dikenali sebagai " sujud tilawah" atau " sujud sajdah" kalau dalam solat subuh pada hari jumaat.

Cuba kita merenung dalam ayat tadi,Allah s.w.t menyatakan sujud dan tidak takabbur dalam satu ayat.Ini menunjukkan ianya mempunyai kaitan yang rapat serta memberi faham bahawa,sujud itu adalah perbuatan zahir sebagai bukti ketundukkan dan kerendahan hati kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana itu,pada mula kejadian Adam a.s. Allah memerintahkan kepada semua malaikat dan Iblis untuk sujud kepada adam a.s walaupun disana terdapat perbezaan pendapat ulama tentang cara sujud tersebut, tetapi ianya jelas menunjukkan kita kepada suatu penghormatan terhadap ciptaan Allah yang paling mulia iaitu manusia.Oleh kerana itu Allah memilih sujud, bukan rukuk atau lainya,kerana sujud adalah bukti bagi manzahirkan apa yang ada didalam hati seseorang.

Iblis yang dikatakan sebagi guru malaikat yang dikagumi oleh malaikat akan kesolehannya akhirnya terbukti Iblis memiliki sifat sombong dan takabbur dalam hatinya setelah Allah memerintahkan ia sujud kepada Adam a.s.lalu iblis menjadi orang yang kafir dan kekal sebagi ahli neraka.

Oleh kerana itulah ,kita disyariatkan untuk sujud apabila kita mendengar atau membaca ayat ini kerana untuk menzahirkan ketundukkan dan tawadhuk kepada Allah s.w.t. serta melatih hati kita supaya sentiasa tawadhuk kepada Allah s.w.t dan kepada orang-orang yang beriman.

Sesetengah daripada kita ini,mengaku beriman pada pagi jumaaat mereka juga membaca ayat tadi bahkan lebih bersunggguh untuk mengadakan sujud sajdah,tetapi pada masa yang sama mereka menentang hukum Allah s.wt.

Isu pemberian lesen judi yang kita hadapi hari ini,mana perginya tok-tok imam yang memabaca ayat ini.? mane perginya ulama-ulama' yang pandai menghuraikan ayat ini? mana perginya orang-orang islam yang mengaku beriman dangan ayat-ayat ini?atau mereka sudah memperhambakan diri kepada kerajaaan yang zalim ini?.segala galanya kamu jawablah dihadapan Allah nanti.

Inilah sebahagian apa yang ana dapat daripada kuliah tadi.Ini pun apa yang sudah ana tambah dan huraikan.Kalau nak ingat sepenuhnya memang ana yang dhoif ini tidak berdaya.Segala puji bagi Allah yang tak terhingga,kerana Allah s.w.t tuhan yang maha pengasih masih meletakkan ana di dalam golongan orang-orang yang mendengar perkara yang baik-baik, apa yang tinggal lagi adalah beramal dan menyampaikan pula kepada orang lain.

Aku pohon pertolongan dariMU Ya Allah dalam menghadapi ujian hidup ini,maka jadilah aku dari kalangan hambaMu yang mendapat keampunan serta rahmatMu amin ya rabbal alamin.

Ahad, 23 Mei 2010

Kepada Allah aku serahkan segala urusan

Apabila aku sudah mencapai usia dewasa ini sujud dan syukur aku panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana aku terpilih untuk menyertai perjuangan islam di tanah airku Malaysia ini.

Aku teringat akan suatu ketika dahulu dimana aku berangan-angan ingin menyambug pengajian ke luar negara akhirnya hari ini Allah s.w.t membuka peluang kepadaku untuk menunaikannya. Syukur dan sujud sekali lagi aku panjatan kepada Allah s.w.t.

Sekarang peluang dan ruang sudah terbuka luas,apa yang perlu lagi kepadaku ialah menyediakan bekalan fizikal dan rohani unutk merealisasikan cita-citaku yang murni ini.

Mesir adalah negara yang terletak padanya Al-azhar As syarif.Aku memilih Al Azhar bukan kerana hebat dan bukan kerana nama bahkan hari ini rata-rata manusia yang buta sebelah matanya memperlekehkan geraduan Al Azhar kerana melihat satu sudut sahaja.

Aku memilih Al Azhar kerana Al Azhar menjadi tumpuan dan pengiktirafan para ulama'.Kalau Ulama mengiktiraf al azhar kenapakah kita tidak mengiktiraf al-azhar? atau kita lebih hebat daripada ulama'?.Tidak perlu kita senaraikan satu persatu sipakah ulama' yang belajar dan lepasan Al Azhar.Sudah cukup kita melihat kepada tokoh Ulama Harki di tanah air kita ini iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.Mereka berdua adalah lepasan Al-Azhar yang menjadi tokoh kebangkitan ummat islam di Malaysia pada abad ini.

Disana nanti aku berazam dan berniat untuk mengutip segala mutiara-mutiara ilmu dari bibir para ulama' yang telah disabdakan oleh nabi s.a.w." ulama adalah pewaris ambiya'".Aku juga berazam untuk menyediakn bekalan sebanyak mungkin sebelumku pulang ke tanah air untuk memperjuangkan islam di bumi Malaysia.

Perjuangan islam yang aku dokong bukanlah suatu perkara yang mudah sebagaimana diperkatakan tetapi ianya sungguh mencabar imanku.Iman tidak akan teruji melainkan apabila aku merempuh kesusahan dan keperitan hidup.Kesusahan dan keperitan ini terpaska aku menelannya walaupun pahit kerana pahit itu adalah penawar.

Oleh keran itu,aku tidak akan berjaya merempuh segala ujian ini,melainkan kepada Allah jualah aku serahkan akan segala urusan.

Sabtu, 27 Mac 2010

Nasihat Kapada Para Mujahid

Nabi S.a.w.telah bersabda : " Orang yang beriman itu berada diantara lima rintangan 1)Orang beriman dengki kepadanya 2) orang munafiq benci kepadanya 3) Orang kafir memeranginya 4) Syaitan menyesatkanya 5) nafsu bertarung dengannya.


Allahs.w.t menjadikan orang yang beriman banyak cabaran dan ujian yang mesti mereka tempuhi.Inilah suatu kemuliaan sebenarnya kepada mereka dalam kehidupan ini kerana Allah teramat kasih kepada mereka.Apabila Allah kesihkan kepada sesuatu kaum maka Allah s.w.t. akan menguji mereka dengan pelbagai ujian.Ini adalah kerana Allah s.w.t ingin menunjukkan kepada kita siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang berdusta kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa kami biarkan mereka berkata Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji;dan sesunggunnya orang-ornag terdahulu sebelum kamu telah diuji oleh Allah s w t, maka dengan sebab ujian itu Allah mengatahui siapakah yang benar-benar beriman mereka dan siapkah yang bohong".


Seorang mujahid tidak harus kecewa dan sedih dengan rintangan yang mereka hadapi dalam perjuanga menegakkan agama ALlah s.w.t.Walau sepahit mana sekalipun ujian yang diahadapi,ingatlah semuanya itu datangnya dari Allah s w t.Saya nyatakan demikian kerana kadang-kadang nafsu yang jahat ini sentiasa mengajak kita melupakan Allah s.w.t bahawa ujian itu datangnya dari Allah s.w.t.Ingatlah bahawa Allah yang memiliki alam ini dan segala yang berlaku kiatas kita adalah sesuatu yang telah tercatat disisi Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t yang bermaksud

"Tidak menimpa sesuatu kepada kami melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t"


oleh yang demikian saya ingin nyatakan beberapa perkara disini sebagai suatu nasihat kepada para mukminin:

1) Pohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t dengan memperbanyakkan sabar dan solat.
2) kenikmatan syurga nanti akan melupakan segala kesusahan dan penderitaan diatas dunia.
3) pertolongan Allah s.w.t bersama dengan orang-orang yang sabar.
4) tiada kesenangan dan kemewahan diatas dunnia ini berbanding akhirat melainkan sedikit sahaja.

wallahua'lam...sekian.