Selasa, 17 Januari 2012

Perintah Berjemaah & Larangan Berbilang Jemaah

Firman Allah s.w.t :


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. ( As Sof : 4)

Imam syafie dalam kitabnya Arrisalah menerangkan bahawa ; mengikut fahaman saya terhadap sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
“Wajiblah kamu bersama-sama jemaah islam dan kepimpinan meraka”
Bahawa gerakan islam itu sepatutnya  satu sahaja
( Ar Risalah  m/s 205-206)

Walaupun itulah sabda Rasulullah s.a.w dan pendapat para ulama muktabar tetapi kenyataanya tidak sedemikian khususnya di Negara kita ini dan Negara-negara umat islam.
Terdapat di Negara- negara ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka dengan gerakan islam yang memang tertubuhnya adalah berdasarkan kepada factor-faktor yang antara lainya adalah seperti berikut 
  1. Gerakan islam  yang sedia ada itu telah kehabisan matlamatnya dan tujuanya – sedang matlamat dan cita-cita islam belum lagi tercapai
  2. Bahawa gerakan islam yang telah wujud itu tidak lengkap dan tidak menyeluruh 
  3. Bahawa gerakan islam yang sedia wujud itu mempunyai kekeliruan dan seribu satu macam persoalan.Justeru itu mewujudkan gerakan islam yang baru dapat menyelamatkan meraka yang bekerja di lapangan islam daripada berbagai-bagai tuduhan  dan subahat serta persoalan yang bermacam-macam itu.
  4. Bahawa gerakan yang sedia ada itu telah banyak melakukan kesalahan
Itu adalah diantara hujjah andaian yang dikemukakan tatkala mereka menubuhkan gerakan islam yang  baru.kesimpulanya ialah kerana rasa tidak puas hati terhadap gerakan islam yang sedia ada menyebabkan mereka menubuhkan gerakan islam yang baru.
 Lebih ketara lagi ialah bahawa kejahilan dan tidak kenalnya seseorang itu kepada jemaah yang sedia ada yang memperjuangkan islam dan rasa takut menghadapi risiko yang berat jika bersama-sama dengan jemaah yang sedia ada itu, lalu meraka mencari jalan selamat.
Sekarang perhatiakan apakah natijah daripada penubuhan jemaah islam yang baru dengan hujjah yang dikemukan itu.
Apakah pertubuhan yang baru itu telah mencapai matlamatnya? Dan apakah yang telah sedia ada itu telah menghabisi segala matlamatnya ? apakah pertubuhan yang baru lahir itu berjaya mengelakan diri dari sebarang tuduhan subahat dan seribu satu macam, persoalan apabila ia lahir ke alam yang nyata? Kecuali dia masih berada dalam tanzim sirri.
Adalah Sesutu hakikat yang terlalu pahit bagi kita untuk menyatakan bahawa segala alasan yang diberikan untuk menghalalkan penubuhan jemaah islam yang baharu itu hancur berderai bila  berhadapan dengan alam kenyataan. Ini adalah kerana :

  1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangkakan tidak  akan mengenainya maka perkara itu jugalah yang dihadapinya seratus-peratus.Meraka tidak sedar bahawa sebenarnya yang ditentang itu adalah islam.walau apa nama sekalipaun nama memerjuangkanya.
  2. Kecacatan dan keaiban yang selama ini dilihat berada pada orang lain yang menyebabkan ia menubuhkan jemaah islam yang baru itu sebenarnya telah berlaku dan berada pula pada mereka, sedang ia telah mencetuskan satu macam perpecahan di dalam masyarakat islam.
  3. Dan akhirnya kita melihat bahawa usaha-usaha dan kerja-kerja yang dilakukan oleh semua pertubuhan islam yang baharu lahir itu tidak lebih dari apa yang telah dikerjakan oleh jemaah yang sedia ada.Malahan mereka baru sahaja memulakan langkah sedangkan jemaah yang asal sudah jauh meju kehadapan.
  4. Selain dari perkara-perkara di atas bahawa pertubuhan-pertubuhan yang baharu itu telah menjadi semacam pertubuhan dan gerakan dhirar yang bekerja untuk meragukan mesyarakat islam terhadap kemampuan islam dalam menyelesaikan masalah ummah.
Kita telah menyatakan bahawa tugas gerakan islam adalah tugas para ambiya’ dan mursalin atau dengan perkataan lain tugas gerakan islam hari ini adalah menyambung risah Nabi Muhammad s.a.w yang di antara lainnya ialah menyatukan umat manusia di bawah panji-panji La Ilaha illallah..
Soalnya sekarang, bagaiman jemaah islam itu hendak menjalankan tugasnya sedang ia sendiri mengahdapi masalah , iaitu msalah berbilang jemaah islam , Apakah jemaah-jemaah itu tidak dapat disatukan ? mungkin dengan senang hati kita menyatakan tentunya boleh disatukan dengan syarrat, jika semua pihak menginsafi keadaan yang ada dan bersedia untuk kembali ke pangkal jalan.
Kita kembali ke pangkal jalan dengan ertikata bahawa setiap perkumpulan atau jemaah yang ditubuhkan atas dasar tidak puashati terhadap jemaah yang sedia ada, bersedia kembali kepada jemaah asalnya dan sama-sama membetulkan sesuatu yang ia rasa tidak puas hati itu.jika ini berlaku permasalahanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

1 ulasan: