Selasa, 17 Januari 2012

Perintah Berjemaah & Larangan Berbilang Jemaah

Firman Allah s.w.t :


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. ( As Sof : 4)

Imam syafie dalam kitabnya Arrisalah menerangkan bahawa ; mengikut fahaman saya terhadap sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
“Wajiblah kamu bersama-sama jemaah islam dan kepimpinan meraka”
Bahawa gerakan islam itu sepatutnya  satu sahaja
( Ar Risalah  m/s 205-206)

Walaupun itulah sabda Rasulullah s.a.w dan pendapat para ulama muktabar tetapi kenyataanya tidak sedemikian khususnya di Negara kita ini dan Negara-negara umat islam.
Terdapat di Negara- negara ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka dengan gerakan islam yang memang tertubuhnya adalah berdasarkan kepada factor-faktor yang antara lainya adalah seperti berikut 
  1. Gerakan islam  yang sedia ada itu telah kehabisan matlamatnya dan tujuanya – sedang matlamat dan cita-cita islam belum lagi tercapai
  2. Bahawa gerakan islam yang telah wujud itu tidak lengkap dan tidak menyeluruh 
  3. Bahawa gerakan islam yang sedia wujud itu mempunyai kekeliruan dan seribu satu macam persoalan.Justeru itu mewujudkan gerakan islam yang baru dapat menyelamatkan meraka yang bekerja di lapangan islam daripada berbagai-bagai tuduhan  dan subahat serta persoalan yang bermacam-macam itu.
  4. Bahawa gerakan yang sedia ada itu telah banyak melakukan kesalahan
Itu adalah diantara hujjah andaian yang dikemukakan tatkala mereka menubuhkan gerakan islam yang  baru.kesimpulanya ialah kerana rasa tidak puas hati terhadap gerakan islam yang sedia ada menyebabkan mereka menubuhkan gerakan islam yang baru.
 Lebih ketara lagi ialah bahawa kejahilan dan tidak kenalnya seseorang itu kepada jemaah yang sedia ada yang memperjuangkan islam dan rasa takut menghadapi risiko yang berat jika bersama-sama dengan jemaah yang sedia ada itu, lalu meraka mencari jalan selamat.
Sekarang perhatiakan apakah natijah daripada penubuhan jemaah islam yang baru dengan hujjah yang dikemukan itu.
Apakah pertubuhan yang baru itu telah mencapai matlamatnya? Dan apakah yang telah sedia ada itu telah menghabisi segala matlamatnya ? apakah pertubuhan yang baru lahir itu berjaya mengelakan diri dari sebarang tuduhan subahat dan seribu satu macam, persoalan apabila ia lahir ke alam yang nyata? Kecuali dia masih berada dalam tanzim sirri.
Adalah Sesutu hakikat yang terlalu pahit bagi kita untuk menyatakan bahawa segala alasan yang diberikan untuk menghalalkan penubuhan jemaah islam yang baharu itu hancur berderai bila  berhadapan dengan alam kenyataan. Ini adalah kerana :

  1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangkakan tidak  akan mengenainya maka perkara itu jugalah yang dihadapinya seratus-peratus.Meraka tidak sedar bahawa sebenarnya yang ditentang itu adalah islam.walau apa nama sekalipaun nama memerjuangkanya.
  2. Kecacatan dan keaiban yang selama ini dilihat berada pada orang lain yang menyebabkan ia menubuhkan jemaah islam yang baru itu sebenarnya telah berlaku dan berada pula pada mereka, sedang ia telah mencetuskan satu macam perpecahan di dalam masyarakat islam.
  3. Dan akhirnya kita melihat bahawa usaha-usaha dan kerja-kerja yang dilakukan oleh semua pertubuhan islam yang baharu lahir itu tidak lebih dari apa yang telah dikerjakan oleh jemaah yang sedia ada.Malahan mereka baru sahaja memulakan langkah sedangkan jemaah yang asal sudah jauh meju kehadapan.
  4. Selain dari perkara-perkara di atas bahawa pertubuhan-pertubuhan yang baharu itu telah menjadi semacam pertubuhan dan gerakan dhirar yang bekerja untuk meragukan mesyarakat islam terhadap kemampuan islam dalam menyelesaikan masalah ummah.
Kita telah menyatakan bahawa tugas gerakan islam adalah tugas para ambiya’ dan mursalin atau dengan perkataan lain tugas gerakan islam hari ini adalah menyambung risah Nabi Muhammad s.a.w yang di antara lainnya ialah menyatukan umat manusia di bawah panji-panji La Ilaha illallah..
Soalnya sekarang, bagaiman jemaah islam itu hendak menjalankan tugasnya sedang ia sendiri mengahdapi masalah , iaitu msalah berbilang jemaah islam , Apakah jemaah-jemaah itu tidak dapat disatukan ? mungkin dengan senang hati kita menyatakan tentunya boleh disatukan dengan syarrat, jika semua pihak menginsafi keadaan yang ada dan bersedia untuk kembali ke pangkal jalan.
Kita kembali ke pangkal jalan dengan ertikata bahawa setiap perkumpulan atau jemaah yang ditubuhkan atas dasar tidak puashati terhadap jemaah yang sedia ada, bersedia kembali kepada jemaah asalnya dan sama-sama membetulkan sesuatu yang ia rasa tidak puas hati itu.jika ini berlaku permasalahanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Khamis, 16 Jun 2011

Semangat Yang Luntur


Suara Putrajaya makin bergelombang di telinga ummat membangkitkan semangat rakyat untuk menamatkan kuasa rejim zalim yang sudah usang ditanah airku Malaysia.

Semangat berkobar-kobar ditambah pula cita-cita yang dilihat semakin hampir.Mahu menang dalam perjuangan memang sudah menjadi darah daging setiap pejuang samada perjuangan itu yang hak atau yang batil.

Menang!

Memang benar jadi matlamatnya, Rasulullah s.a.w sendiri pun inginkan kemenangan itu dalam siri peperangan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w secara langsung atau tidak.Tetapi ingat! kemenangan yang diimpi Rasullulah s.a.w itu bukanlah menang untuk berkuasa semata-mata tetapi kuasa disalurkan untuk merealisasikan Wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepadanya. 

Sempurna islam itu kerana Allah swt bukan hanya memberi pakej kemenangan dunia semata-mata untuk para pejuang agamanya.Tetapi untuk melengkapkanya Allah s.w.t menyediakan pekej akhirat untuk mereka yang gugur dalam perjuangan.

Syahid!

Luntur dan lesu tiada sebutan kebanyakan orang seolah-olah lidah sudah kaku terpaku, terasing daripada lisan ummat ,kenapa demikian? syahid itu tiada makna kah ? bukankan kita pejuang islam? Bukankah Allah dan Rasul mengajarkan demikian? Bukankah syurga yang menjadi idaman? 

Syahid perlulah diagendakan, saranan ini bukanlah kemestian untuk mati menafikan  kemenangan, tetapi semangat dan roh perjuangan sudah jauh dari landasan. “ hubu dunya wa karahiyyatul maut" makin mem “bisa”  dalam hati pembela islam.

Tiada bandinganya dengan nikmat dunia yang sementara ini, jangan biarkan kerana semata satu sen hilang sejuta harta.Jangan dilenakan dengan menang untuk berkuasa sahaja tanpa dihidupkan “ semangat syahid” nanti dibimbangi  syahid pula digadai dunia.

inilah beza  perjuangan islam dengan perjuangan yang selainnya.Keramat inilah yang sebenarnya menjadi pembakar semangat para pejuang yang ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w dan mereka yang mengikut jejaknya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Ambilah tauladan !

sambungan akan menyusul...

                                                                                    *******

p/s: kemenangan mesti dicapai, tetapi mengisi kemenangan perlu difikirkan bersama.biarlah Allah s.w.t menganugerahkan kemenangan itu kerana selayaknya untuk menang...

Isnin, 27 Disember 2010

HUKUM KAUM WANITA KELUAR DARI RUMAH

Muqaddimah

    Agama Islam menitilkberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.

Perbahasan Isu

Dewasa kini, kita mendengar banyak kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kaum wanita seperti rogol, cabul, ragut dan sebagainya. Bukan sahaja berlaku di Malaysia malah ia juga membarah di negara-negara membangun lain. Tambahan pula, keselamatan kaum wanita ini sangat terjejas apabila mereka berada di waktu malam, kawasan merbahaya dan tidak selamat.

Para ulama' telah membincangkan perkara ini dengan mengambil sandaran ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Di dalam keduanya banyak menyebutkan tentang etika dan peraturan khusus yang ditujukan kepada kaum wanita. Perbincangan ini akan membawa perhatian kita kepada dua perkara :

• Hukum wanita keluar daripada rumah
• Perlunya mengikut saranan pemimpin dalam suatu kawasan

Pertama : Hukum Wanita Keluar Daripada RumahFirman Allah S.W.T. :



33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab ayat 33)

    Dalam ayat di atas, Allah S.W.T memerintahkan kepada para isteri Rasulullah S.A.W. supaya sentiasa tetap berada di dalam rumah. Arahan yang ditujukan ini merupakan saranan umum yang bersifat wajib ke atas keseluruhan kaum muslimat sehingga hari kiamat seperti yang disebutkan oleh mufassirin seperti Imam Ibnu Kathir, Imam Al-Qurthubi dan lain-lain. Ini jelas kelihatan pada potongan ayat :



Ertinya : dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu..

    Imam Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat ini : (Iaitu lazimilah rumah-rumah kamu dan janganlah keluar elainkan kerana adanya hajat. Antara hajat yang dibenarkan di sisi syara' ialah solat di masjid dengan beberapa syarat, 

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'i telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian menghalangi kaum wanita itu pergi ke masjid masjid Allah, akan tetapi hendaklah mereka itu pergi tanpa memakai wangi-wangian." (Hadith ke-478 Riwayat Imam Abu Daud)

; dan di dalam riwayat lain dengan tambahan lafaz : وبيوتهن خير لهن )

    Jika diperhatikan dalam hadith di atas, antara syarat atau ikatan yang dikenakan kepada kaum wanita yang pergi ke masjid menunaikan solat ialah tidak memakai wangi-wangian, dan dalam sebahagian riwayat pula menyebutkan bahawa solat di rumah mereka adalah lebih baik daripada mengerjakannya di masjid.

حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَاصِمٍ حَدَّثَهُمْ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ibnu Al-Mutsanna bahwasanya Amru bin 'Ashim telah menceritakan kepada mereka, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Muwarriq dari Abu Al-Ahwash dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Shalat seorang wanita di rumahnya lebih utama baginya daripada shalatnya di kamarnya, dan shalat seorang wanita di rumahnya yang kecil lebih utama baginya daripada dirumahnya." (Hadith ke-483 riwayat Imam Abu Daud)

    Walaupun perihal hadith menceritakan keadaan wanita yang ingin bersolat di masjid namun bagaimana pula dengan keperluan lain yang mendesak untuk keluar daripada rumah dengan keperluan tersebut rendah keutamaanya berbanding solat. Hal ini kerana keluarnya seorang wanita itu daripada rumahnya merupakan salah satu peluang kepada syaitan untuk menghasut manusia. 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar, telah menceritakan kepada kami 'Amr bin 'Ashim telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Muwarriq dari Abu Al Ahwash dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata laki-laki." Abu Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan gharib." (Hadith ke-1093 riwayat Imam At-Tirmidzi)

    Jika seorang wanita itu memang berhajat untuk keluar kerana suatu keperluan, maka Islam menetapkan syarat supaya tidak memperhiaskan diri mereka dengan perkara yang akan menimbulkan fitnah seperti yang telah dilakukan oleh masyarakat jahiliyah terdahulu. Firman Allah S.W.T. : 

Ertinya : janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu…

    Maksud perhiasan orang-orang jahiliyah ialah : mendedahkan aurat atau memakai perhiasana yang boleh menarik perhatian lelaki kepadanya walaupun dalam keadaan dia menutup aurat.

Kesimpulan : Berdasarkan kepada nas Al-Quran dan hadith di atas, para wanita muslimah tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah mereka, sehinggakan Islam menetapkan peraturan kepada mereka yang ingin keluar walaupun menunaikan solat di masjid.Suruhan supaya sentiasa berada di rumah ini tidak menetapkan waktu samada siang atau malam, apatah lagi jika berada di tempat yang berbahaya walaupun pada waktu siang. Tetapi mereka dibolehkan untuk keluar daripada rumah dengan suatu keperluan (hajat) seperti ke tempat pengajian, ke masjid dan sebagainya dengan mengikut ketetapan Islam dan peraturan daripada pimpinan suatu tempat. Selain itu, mereka juga digalakkan agar tidak keluar bersendirian demi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kedua : Perlunya Mengikut Saranan Pemimpin Dalam Suatu Kawasan

Firman Allah S.W.T. :


59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisaa' ayat 59).



و حَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ حُصَيْنٍ عَنْ جَدَّتِهِ أُمِّ الْحُصَيْنِ قَالَ سَمِعْتُهَا تَقُولُ حَجَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَّةَ الْوَدَاعِ قَالَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْلًا كَثِيرًا ثُمَّ سَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ مُجَدَّعٌ حَسِبْتُهَا قَالَتْ أَسْوَدُ يَقُودُكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ فَاسْمَعُوا لَهُ وَأَطِيعُوا

Maksudnya : Dan telah menceritakan kepadakuu Salamah bin Syabib telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin A'yan yta Ma'qil dari Zaid bin Abi Unaisah dari Yahya bin Hushain dari neneknya Ummu Al Hushain dia (Yahya bin Hushain) berkata, "Saya mendengarnya (nenek) berkata, "Saya pernah melaksanakan haji Wada' bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Ummu Hushain berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat dengan wasiat yang banyak sekali, kemudian saya mendengar beliau bersabda: "Seandainya kalian dipimpin oleh seorang hamba (budak) yang pesek -namun saya mengira dia (nenek) berkata; hitam- dengan kitabullah, maka dengarkan dan taatilah dia." (Hadith ke- 3422 riwayat Imam Muslim).

    Sejak dahulu lagi, kita melihat bahawa kaum wanita merupakan sasaran kaum lelaki yang merupakan punca kepada berlakunya gejala sosial. Semua ini berlaku kerana mereka tidak mengamalkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T., rasulNya, dan para pemimpin di suatu kawasan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum. Suruhan mentaati pemimpin ini jelas kelihatan pada ayat Al-Quran dan hadith di atas, maka perkara ini akan mejadi wajib kepada orang bawahan pimpinan ini.

    Melihat kepada berlakunya situasi berleluasanya kaum wanita keluar daripada rumah kerana ingin menunaikan keperluan masing-masing, Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. Antaranya ialah :

1. Menutup aurat, firman Allah S.W.T. :


59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzaab ayat 59)

2. Tidak berhias-hias kerana ia boleh menarik perhatian dan mengundang dosa,


حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَمْ أَرَ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِنْ قَوْلِ أَبِي هُرَيْرَةَ ح حَدَّثَنِي مَحْمُودٌ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma dia berkata; "Saya tidak berpendapat dengan sesuatu yang menyerupai makna lamam (dosa kecil) selain perkataan Abu Hurairah. Dan di riwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan kepadaku Mahmud telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas dia berkata; "Saya tidak berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al lamam (dosa-dosa kecil) selain dari apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari, maka zinanya mata adalah melihat sedangkan zinanya lisan adalah ucapan, zinanya nafsu keinginan dan berangan-angan, dan kemaluanlah sebagai pembenar semuanya atau tidak." (Hadith ke-5774 riwayat Imam Bukhari).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنِي بُكَيْرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْأَشَجِّ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَتْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلَا تَمَسَّ طِيبًا


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id al-Qaththan dari Muhammad bin 'Ajlan telah menceritakan kepadaku Bukair bin Abdullah bin al-Asyajj dari Busr bin Sa'id dari Zainab, istri Abdullah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada kami, 'Apabila salah seorang dari kalian kaum wanita hendak menghadiri shalat di masjid maka janganlah kalian memakai wangi-wangian'." (Hadith ke-674 riwayat Imam Muslim)

     Jika memakai wangian ketika hendak keluar ke masijid pun tidak dibenarkan, apatah lagi keluar kerana keperluan selain solat.

3. Menjaga pandangan, firman Allah S.W.T. :


31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka… (Surah An-Nisaa' ayat 31)

    Selain itu, peranan ini juga perlu diletakkan di bawah tanggungjawab pemimpin dalam suatu kawasan. Berdasarkan kepada keaadaan pelajar wanita yang berada di Mesir dan tempat-tempat lain, mereka tidak dibenarkan keluar sesuka hati pada waktu malam kecuali dalam keadaan mendesak seperti sakit, kelas tutorial, kecemasan dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat bahawa kebenaran tersebut adalah mengikut ketetapan pemimpin kawasan berkenaan :

1. Mestilah ditemani oleh musyrif / mahram / suami (orang yang bertanggungjawab menjamin keselamatan mahasiswi pergi dan pulang dari tempat yang dituju) di bawah makluman pemimpin.
2. Musyrif / mahram / suami hendaklah memastikan keselamatan wanita terbabit dalam keadaan terjamin.
3. Memastikan agar tidak timbul fitnah ketika keluar bersama bukan mahramnya.
4. Mengikut ketetapan hisbah dan keselamatan yang telah digariskan pimpinan.

Kesimpulan : Islam menggariskan ketetapan dalam menjaga kehormatan wanita dengan berpandukan Al-Quran, As-Sunnah dan arahan pimpinan yang bukan pada perkara maksiat. Maka, segala peraturan yang telah ditetapkan berdasarkan sumber di atas perlulah diikuti dan diambil perhatian. Hal ini kerana kesemua peraturan dan etika yang telah disusun ini akan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-Kariim.
2. Shahih Al-Bukhari karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Jami' At-Tirmidzi karangan Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmidzi.
5. Sunan Abu Daud karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Tafsir Al-Quran Al-'Adzhim karangan Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir.
7. Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran karangan Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Al-Ansori Al-Qurthubi.


Disediakan oleh,
Abdul Halim bin Ahmad,
Felo MANHAL PMRAM.

Ahad, 31 Oktober 2010

Pemakaian Tudung Zaman Sekarang..islamik ke??


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam.
Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri.
Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)


Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut.
Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka.
Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Sebarluaskan banner di bawah:

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

Link : http://www.kembaraduniaku.blogspot.com

Selasa, 26 Oktober 2010

Rawatan Demam

Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?

Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.


APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


  1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
  2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
  3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
  4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati".

Isnin, 25 Oktober 2010

IFF Dan Kita

Akhir-akhir ini umat islam di seluruh Malaysia digemparkan dengan isu Islamic Festival Fashion (IFF) yang berlangsung di Monte Carlo baru-baru ini.Apa yang menyedihkan kita ialah perlakuan seorang model memperagakan pakaian yang mendedahkan aurat atas nama pakaian islam bahkan paling menyedihkan kita terpaparnya tulisan Nabi besar kita Muhamaad s.a.w pada pakaian tersebut.Ditambah lagi kebencian umat islam dalam hal ini apabila isteri pemimpin utama Negara terlibat secara langsung dalam hal penganjuran majlis tersebut.Apa yang berlaku ini seolah-olah kita sedang dipimpin oleh Yahudi dan Nasara diamana kita hanya mampu melihat sahaja apa yang berlaku tanpa apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.
Apakah ini suatu tanda bahawa pemimpin islam hari sudah tiada kuasa? atau pemimpin islam sudah diayahudikan? atau sudah hilang agama dan akidah dalam diri mereka?

Kemana Mufti-mufti dan ulama- ulama kerajaan yang “berapi” bercakap dalam tv? adakah api yang menyala selama ini kian terpadam bak kerana takutkan api dapur terpadam buat selama-lamaya?

Sesungguhnya inilah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w di mana umat islam itu ramai bagaikan buih di lautan tetapi mereka tidak ditakuti oleh musuh islam kerana pada mereka terdapat penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.

Tugas Kita Sebagai Muslim

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan kita mencegah kemungkaran yang berlaku.Sekarang kemungkaran sudah jelas berlaku tinggal lagi peranan dan tugas kita.

Firman Allah s.a.w yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu mereka yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh orang lain melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran dan mereka lah orang-orang yang berjaya.”
Ali Imran : 104

Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
Barang siapa daripada kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lidah,sekiranya tidak mampu hendaklah mencegahnya dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman.

Sanggupkah kita melihat Nabi kita s.a.w dihina sedemikin rupa? tepuk dada tanya iman.Bagaimana sekiranya perkara ini berlaku ketika mana Rasulullah s.a.w. berada disisi kita,alangkah sedihnya baginda melihat umatnya yang sanggup menghinanya sedangkan beginda terlalu merindui kita.

Kita sebagai muslim,jangan biarkan perkara ini dipandang entang oleh umat islam di seluruh negara kita,sebarkan berita ini,jelaskan kepada mereka apa yang berlaku,tanamkan rasa benci dan jijik kepada kemungkaran,suburkan iman dan kecintaan kepada Baginda s.a.w,tingkatkan usaha-usaha dakwah,tanamkan semangat jihad dan pengorbanan dalam diri setiap pemuda islam,mengecam habis-habisan penjenayah-penjenayah agama ini agar fitnah ini akan lenyap untuk selama-lamanya.

Tiada sebab untuk kita membiarkan perkara ini berulang sekali lagi,kerana negara kita majoritinya adalah umat islam dan kebanyakan pemimpin negara kita dari kalangan orang islam.

Kita sudah mengenali siapakah mereka yang terlibat dalam hal ini,ianya mustihal berlaku melainkan tangan-tangan pemimpin yang ada pada hari ini meluluskan dan membiarkannya berlaku.

Oleh itu jangan biarkan mereka terus berkuasa,sampai masa nanti tumbangkan mereka dalam pilihanraya. “ tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan dengan sesuatu itu,maka sesuatu itu menjadi wajib”.

Ayuh tunaikan tanggungjawab kita jangan biarkan kemungkaran terus menodai kita.Kita pecinta islam dan Nabi kita s.a.w adalah kekasih kita yang kita cintai untuk selama-lamanya.

Ahad, 17 Oktober 2010

Perjuangan Islam Yang Kita Pikul

Setelah jatuhnya Khilafah Turki Othmaniyyah pada tahun 1924 Masihi umat islam telah kehilangan sebuah khilafah islamiyyah yang menjadi kekuatan umat islam seluruh dunia sebelum ini.

Kini Khilafah islamiyyah memanggil umat islam kembali menegakkan khilafah islamiyyah yang telah diasaskan oleh Nabi s.a.w  dan juga para sahabatnya.Umat islam perlulah sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memimpin dunia ini dengan ajaran islam.Dan itulah diantara tujuan manusia diciptakan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu(Allah s.w.t) berfirman kepada para Malaikat bahawa Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi,lalu Malaikat berkata ; adakah engakau Ya Allah ingin menjadikan mereka yang melakukan kerosakan dan menumpah darah di atas muka bumi,sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji kamu?lalu Allah s.w.t berfirman, sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui”   Al Baqarah : 30

Sudah jelas kepada kita bahawa ibn Khaldun telah menyebut di dalam kitabnya  Al- Muqaddimah ,khalifah ialah “menegakkan islam dan mentadbir dunia dengan islam”.

Setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ,perlu sedar mereka bukan hanya diwajibkan untuk solat,puasa,zakat dan haji semata-mata bahkan mereka perlu memperjuangkan islam supaya kalimah Allah menjadi tinggi,dengan kata lainya ialah islam memerintah bukan islam itu diperintah.

Suatu perkara yang perlu kita sedar,tanpa daulah atau kerajaan islam yang memerintah kemungkinan umat islam tidak boleh melaksanakan ibadah lain kerana mendapat tekanan dan ancaman daripada musuh islam atau ibadah mereka kerana digangu gugat oleh system yang bukan islam.

Peristiwa hijrah perlu diambil perhatian oleh setiap daripada kita,kerana Nabi s.a.w tidak akan berhijrah melainkan untuk menegakkan daulah islamiyyah di madinah.Tidak perlu hijrah sekiranya islam  hanya bersolat atau mengerjakan haji kerana ia boleh dilakukan di mekah bahkan disitulah terletaknya ka’bah yang menjadi tempat ibadah haji umat islam.

Amirul Mukminin Saidina Othman pernah berkata : Mana-mana ayat yang tidak boleh dimalkan dengan Al-Quran,kita akan laksanakannya dengan kuasa  politik(kuasa pemerintahan).
Nabi s.a.w dan para sahabat yang kita sanjungi,mereka adalah contoh terbaik kepada kita .Nabi s.a.w telah menyatakan “ sahabatku seperti bintang,mana-mana kamu jadikan  petunjuk mereka akan menunjukki jalan kebenaran.

Telah terbukti sahabat yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w itu termasuk Abu Bakar r.a,Umar Al-Kahttab r.a,Uthman Bin Affan r.a dan Ali k.r.w.Mereka adalah sahabat yang agung yang telah dijamin masuk syurga.Sesungguhnya mereka telah meneruskan perjuagan Nabi s.a.w  dalam mempertahankan Negara islam Madinah selepas kewafatan Nabi s.a.w.

Sejarah membuktikan penyebaran dakwah islam makin rancak  setelah tertegaknya Khilafah yang agung di dunia ini sehingga mampu mengerunkan dan melemahkan musuh islam  ketika itu.Bermula disitulah tersebarnya tamadun islam yang membuka mata manusia di abad itu sehinggakan hari ini pengkaji barat masih merujuk kepada tamadun yang pernah dibina oleh islam.Tetapi hari ini,umat islam hanya mampu berbangga dengan sejarah sedangkan meraka lalai daripada tanggungjawab ini.

Tugas Kita

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu suatu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah kemungkaran mereka adalah golongan yang berjaya.” Ali Imran 104

Sabda Nabi s.a.w :
Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidah sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya  dengan hati demikian adalah selemah-lemah iman.

Oleh kerana itu,setiap dari kita perlulah melaksanakan tugas murni ini.

Kemungkaran pada hari  sudah tersebar luas dalam masyarakat kita sehinggakan sesetengah dikalangan kita sudah tidak mampu untuk membezakan diantara hak dan batil.Bukan setakat itu, bahkan yang hak dianggap batil dan yang batil pula dianggap yang hak.

Apa sudah jadi umat islam hari ini?adakah mereka tidak pernah belajar tentang islam? Atau kerana apa? Sedangkan tanah air kita Malaysia mempunyai begitu banyak university-universiti islam yang menawarkan pengajian islam bahkan di peringkat sekolah rendah lagi sudah diberi pendedahan tentang islam,tetapi kemanakah semua itu,adakah semua graduan islam  mati setelah tamat pengajianya?
Persoalan ini sudah tiada jawapan lagi melainkan kita tidak kembali kepada Allah s.w.t dan Rasulnya.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“ Dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kamu kapada Allah dan juga Rasulnya..

Terbukti hari ini, manusia dipandu oleh system kuffar walaupun penjajah sudah lama meninggalkan Negara kita.Sistem inilah yang telah mengagalkan segala-galanya sehingga kita melihat kelahiran golongan yang memisahkan antara agama dan pemerintahan,agama hanya sekadar tahlil an ibadah-ibadah tertentu sahaja tanpa memahaminya sebagai system hidup yang lengkap merengkumi semua perkara.Dengan adanya system yang munkar ini maka kemungkaran yang melanda umat islam pada hari ini tetap akan berleluasa tanpa dibendung dan dicegah.Maka umat islam terus hidup bergelumang dengan dosa yang menjauhkan daripada rahmat Allah s.w.t.

Oleh itu,kita wajib mencegah kemungkaran ini,kita wajib meruntuhkan jahiliyyah moden ini,agar umat islam kembali hidup dibawah naungan wahyu Allah s.w.t dan sunnah nabi s.a.w.
Kita wajib mengerah tenaga yang ada pada kita,bebanan ini bukan sahaja tersangkut pada golongan agamawan bahkan ianya pada bahu mereka yang mengaku islam sebagi Addin.Masing-masing mempunyai peranan di posisinya ,kerahkanlah segala tenaga bagi menjatuhkan system kuffar yang menyesatkan umat.Jangan kita biarkan berhala moden ini terus membelengu umat islam pada hari ini.

Persiapan Kita

Oleh itu,bagi setiap pejuang perlu melakukan persiapan ,perkasakan terbiyyah melalui usrah,mukhayyam tarbawi dan durus khususiah. Daripada itu jalinkan ukhuwwah,perkemaskan tanzim, tingkatkan ibadah,jernihkan fikrah dan kefahaman islam yang sebenar,  tambahkan ilmu pengatahuan ,semarakkan  semangat jihad dalam diri setiap pejuang islam.Disamping itu hidupkan kembali selogan pejuang islam “ Allah matlamat kami,Rasul ikutan kami,Al Quran panduan kami,jihad jalan kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami”.Inilah kata-kata keramat yang pernah keluar daripada bibir As Syahid Imam Hassan Al Banna yang telah membuktikan iman dan perjuanganya dengan syahid di jalan Allah s.w.t semata-mata kerana islam.

Oleh kerana itu,bukan masa lagi untuk kita menunding jari kepada orang lain,marilah kita  berpegang pada tali Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud;
“ berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan jaganlah kamu berpecah belah”

Sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan kepentingan duniawi demi mencapai kebahagian di akhirat nanti.
Wallahua’lam..